Puding Karamel aka Puding Gula Hangus
This is the simplest yet the best pudding i've ever tried. Thanks to my Mom for this !
Bahan-bahannya:
- 10 biji telur
- 1 tin kecil susu pekat manis ~ 390ml
- 3/4 tin air putih ~ 250ml
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 sudu besar gula, caramellised
Cara membuatnya:
1. Masukkan gula ke dalam loyang dan masak di atas api kecil sehingga gula cair dan berwarna kuning keperangan (karamel).
2. Bila gula dah bertukar jadi karamel (keras/beku), ketepikan.
3. Masukkan telur, susu, air, dan esen vanilla ke dalam blender.
4. Kisarkan semua bahan.
5. Masukkan loyang yg berisi karamel tadi ke dalam periuk pengukus dan curahkan bahan yang diblended tadi.
6. Kukus selama 30 minit.
7. Bila dah masak seperti gambar di bawah , sejukkan sebentar, dan terbalikkan ke atas pinggan hidang.
8. Sejukkan di dalam peti sejuk dan sedia dimakan.